Abas' posts with tag: misteri
What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
|  | Saya mengambil gambar ini setelah mendapat izin secara peribadi dari pemiliknya. Beliau enggan nama dan gambarnya dipaparkan untuk mengelakkan kontrovesi. Beliau lebih bersifat "low profile". Ada orang yang datang melawat berhasrat untuk "meminjam' konon untuk " tarik duit" tarik itu dan tarik ini. Beliau menolak dengan ikhlas hasrat mereka. Menurut pemilik tombak ini sekarang..." inilah tombak yang membunuh Mahsuri di Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi yang menjadi cerita legenda". Beliau mendapat tombak ini dari seorang penduduk (sekarang sudah meninggal) asal yang tinggal Di Ulu Melaka, Langkawi. Hulu dan sarung beliau membuat baru untuk mempermudahkan penyimpanan. Suatu ketika dahulu tombak ini pernah " bergegar " dalam simpanan dan pemilik ini terpaksa meminta bantuan orang yang arif untuk "mententeramkannya". Pada kebiasaannya beliau hanya membuka keris ini pada hari Jumaat namun atas permintaan saya beliau terpaksa (sanggup) membukanya mungkin atas rasa setiakawan. |
|